Senin, 26 Mei 2008

Denias


Denias, anak seorang petani suku di pedalaman tengah Papua. Semangat dan keinginan sekolah selalu bergejolak di hati dan fikirannya. Kata-kata orang yang ia sayang dan hormati terus terngiang-ngiang dan membakar semangatnya.

Hidup Denias berikutnya dibayangi kesedihan berlarutan kerana orang-orang yang dia sayangi dan hormati satu demi satu meninggalkannya. Ibunya tersayang meninggal dunia dalam suatu tragedi kebakaran honai keluarga mereka.

Maleo pernah memberitahunya ada kemudahan sekolah di balik gunung. Untuk mencapai impiannya untuk bersekolah, Denias pergi meninggalkan rumah.

Tidak peduli perjalanan ke sana sangat jauh dan sama sekali tidak mudah, harus berhari-hari melewati sungai, hutan dan gunung, Denias terus mengejar cita-citanya.